Friday, August 28, 2009

Pengetahuan AM

Adakah semua jenis kehidupan di Bumi mempunyai darah berwarna merah?

-------------------------------------------------------------------------------

Tidak. Terdapat juga makhluk yang mempunyai darah yang berwarna selain daripada merah. Contohnya ialah lipas yang mempunyai darah berwarna putih.

Mengapakah air mata kita mengalir semasa kita mengupas bawang merah?

------------------------------------------------------------------------------

Semasa kita mengupas atau memotong bawang merah, ia mengeluarkan sejenis bahan kimia dikenali sebagai oksida prophential yang cepat meresap ke udara. Jika bahan itu terkena pada mata, kita akan merasakan iritasi.

Bagaimanakah jam tangan kalis air berfungsi?

------------------------------------------------

Jam tangan kalis air tidaklah direka secara istimewa atau kompleks tetapi ia dilak agar jam tangan tersebut tidak dimasuki air.


Bagaimanakah kapal selam boleh menyelam dan timbul?

---------------------------------------------------------------------

Kapal selam mempunyai tangki-tangki air yang dikenali sebagai tangki balast. Tangki ini dipenuhi air. Air di dalam tangki tersebut boleh dikawal pada bila-bila masa. Kapal selam boleh menyelam atau timbul mengikut tahap kuantiti air yang terdapat di dalam tangki-tangki air tersebut. Jika kapal selam sedang dalam perjalanan yang jauh, bekalan makanan pasti akan berkurangan. Situasi itu juga akan memerlukan perubahan di dalam kuantiti air di dalam tangki balast. Kapal selam hanya boleh berada di atas permukaan air jika ia bergerak. Jika ia berhenti, kapal selam akan menyelam.

Siapakah Hippocrates?

---------------------------

Hippocrates yang berasal dari Yunani Purba(kira-kira tahun 460SM-377SM) dikatakan telah menulis sebanyak 60-70 buah buku-buku perubatan yang menyentuh semua aspek perubatan zaman itu. Sebelum Hippocrates, cabang perubatan seperti yang dikenali kini tidak wujud langsung. Masyarakat zaman itu mempercayai seseorang jatuh sakit kerana Tuhan amat murka dengannya. Untuk kali pertama, Hippocrates telah membuktikan penyakit di badan manusia tiada kaitan dengan kemurkaan Tuhan, malah ia berpunca dari masalah di dalam tubuh badan. 'Sumpah Hippocrates' yang merujuk kepada etika perubatan dikatakan bermula dari zaman silam apabila penuntut perubatan pada ketika itu bersumpah di atas nama Hippocrates sebelum memulakan kajian mereka. Sumpah itu mewajibkan mereka agar membantu seseorang pesakit tanpa mementingkan balasan materialistik. Setiap doktor pada masa kini juga tertakluk kepada sumpah itu. Oleh itu, Hippocrates dikenali sebagai 'Bapa Dunia Perubatan'.

Laut Mati

-----------

Laut Mati ialah kawasan laut yang begitu menghairankan. Laut ini sedalam -396.8 meter dari paras laut dengan saiz permukaan Bumi 1 302 kaki di bawah paras laut. Ia merupakan tempat yang paling rendah di Bumi. Laut ini juga mempunyai kandungan garam yang tinggi. Kandungan garamnya ialah 23-25 peratus berbanding kandungan garam lautan biasa iaitu 4-6 peratus. Oleh itu, ia akan mengakibatkan seseorang yang berenang di laut ini terapung-apung di atas air. Laut ini menganudngi bahan-bahan kimia seperti magnesium klorida dan kalsium klorida. Air dari Sungai Jordan megalir ke Laut Mati. Tiada hidupan laut yang ada di Laut Mati.

Apakah bahan api yang digunakan oleh pesawat?

------------------------------------------------------------

Pada suatu ketika dahulu, petrol telah digunakan sebagai bahan api oleh pesawat. Kini , keadaannya telah berubah. Petrol didapati mudah terbakar di udara. Pada tahun 1950an, bahan api petrol telah diganti degan minyak kerosene tulen. Ini telah menyelamatkan banyak nyawa sewaktu nahas udara berlaku.

Siapakah yang telah mencipta kaca?

--------------------------------------------

Ahli sejarahwan tidak dapat membuktikan siapakah individu yang sebenarnya berjaya mencipta kaca. Bahan yang diperlukan untuk membuat kaca ialah pasir, soda, kalium, dan kapur yang boleh diperolehi di hampir seluruh negara.

Mungkin mana-mana jua peradaban awal (earlier civilizations) yang telah berjaya menciptanya. Para arkeologi telah menemui bahan kaca di kubur Mesir purba. Kubur itu dibina pada tahun 7 000SM. Mungkin kaca itu telah dibawa masuk dari Syria. Pada tahun 1 500SM, orang Mesir telah membuat kaca.(Buktinya memang ada.) Namun, kaedah pembuatan kaca moden telah dicipta oleh masyarakat Phoenicia.(kawasan purba yang terletak di bahagian timur Mediterranean, yang merangkumi kawasan Syria dan Lebanon hari ini)

Pada hari ini, ciptaan yang menggunakan kaca begitu mengkagumkan. Salah satu daripada ciptaan itu ialah kaca gentian(fibreglass). Kaca gentian adalah wayar sehalus seutas benang. Berjuta-juta maklumat dihantar menggunakan kaca gentian melalui komputer.

Bagaimanakah kalkulator dapat berfungsi & mengingati nombor?

-------------------------------------------------------------------------------

Terdapat satu bahagian ingatan di dalam kalkulator dibuat daripada sebuah silikon kecil yang digelar sebagai Random Access Memory(RAM). Ia akan menukar maklumat yang diterima kepada angka binari 1 dan 0. Apabila elektrik memasuki RAM melalui suis, ia akan membacanya sebagai 1. Jika elektrik tidak memasukinya, ia akan ditafsirkan sebagai 0.

No comments:

Post a Comment